Apr 28, 2014

Bahulu ikan

Ain Fajar | 4:12 AM | 2Comments |
Assalamualaikum

n3 kali ni nak tayang bahulu ikan yang di oder oleh orng kampung saya yang nak di jadikan hantaran.
selalu buat mesti melekat, tu yang tantion nak buat, tapi bila oarang oder nak juga terima..sebab kalau tak buat kita tak boleh nak buat R&D..dari situ kita boleh belajar dari kesilapan.

 Inilah hasil bahulu ikan yang saya buat.kali ni alhamdulillah semuanya elok, tak melekat dan tidak ade yng rosak. tips penting supaya bahulu tak melekat pada acuan, adalah, bahulu harus betul2 masak luar dan dalam dan kita titikkan sedikit minyak ke dalam adunan bahulu. kekerasan bahulu bergantung pada kuantiti tepung dan cara kita menggaul dan sebatikan tepug dengan adunan telur


Bahulu ikan

bahan-bahannya:

1 cawan telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1 sk vanila
2sb minyak

cara-caranya:
pukul telur, gula dan vanila hingga kembang dan ringan
ayak tepung dan baking powder
masukkan tepung sedikit demi sdikit dan gaul secara berlahan hingga sebati.pastikan adunan tetap ringan untuk mendapatkan bahulu yang lembut
masukkan minyak dan gaul rata
panaskan acuan dalam oven dan sapu minyak
masukkan adunan dalam acuan benuk ikan dan bakar pada suhu 200c selama 5minit.


selamat mencuba! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...