Mar 29, 2012

Nasi Jagung

Ain Fajar | 6:37 AM | 1Comments |
Assalamulaikum.
menu hari nie nasi jagung..inilah nasi jagung yang saya katakan dalam n3 sebelum ni. sebelum ni saya dah biasa juga buat nasi jagung tapi saya guna bahan yang simple je..tapi kali ni saya guna resepi yang lebih banyak bahan dan rasa..kiranya ni resepi yang biasa orang buat..nasi jagung yang biasa saya buat insya allah kalau ada kesempatan saya akan buat dan akan saya post di sini..

saya rujuk resepi nasi jagung di my resipi dan resepi asal dari noorsha.myresipi.com..mudah dan ringkas tapi sedap..nasi ni saya padan kan dengan ayam masak rose macam chef anis nabilah buat..kira saya tiru cara beliaula..

Nasi Jagung
sumber : noorsha.myresipi.com

Bahan-bahannya : )
 
 3 cawan beras
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 biji bawang besar - saiz kecil
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
2 sb margerin @ butter
1sb serbuk pati ayam
1 tin kernel corn - buang airnya (saya guna Ayam Brand)
1 batang serai 

Cara-cara

  • basuh beras, masukkan air dan susu, ketepikan.
  • mayang halus bawang besar, bawang putih dan halia.
  • masukkan margerin @ butter ke dalam kuali dan tumis serai yg diketuk,kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih serta bahan yg dimayang halus tadi hngga kekuningan.
  • setelah itu, masukkan bahan yang ditumis bersama serbuk pati ayam kedalam periuk nasi
  • masak nasi seperti biasa. setelah air kering, masukkan jagung dan kacau rata. Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak sepenuhnya.

 jemput makan lah yer..kepada yang berpuasa sunat khamis hari ni selamat berbuka puasa.
jom makaaann...eh! korang kan jemput menjamu mata je lah yer..kalau nak makan buat sendiri..hehehe..resepi kat atas tu penat saya taip tau..apa lagi copy la..tapi jangan amik gambonya, walaun tak cantik tapi ianya hak terpelihara tau...hihi

Ayam Masak Rose

Ain Fajar | 6:04 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Ayam masak rose...hhhmmm baru 1st saya masak ayam rose nie..makan pun macam tak pernah, tapi tak tau la kalau ada makan masa kat tempat kenduri..saja nak cuba sesuatu yang baru..walau pun baru nak try saya memberanikan diri untuk menyediakan hidangan ini untuk kawan2 en.abg..baru nak try dah terus nak jual nie, ..dalam keadaan time masak tadi tak boleh rasa..kenapa tak leh rasa? sebab saya puasa tadi..hadoooiiiy kalau tak sedap turun la saham perniagaan saya, tapi tak pe insya allah saya yakin mesti ok lah..bila saya makan time berbuka tadi okla, macam makan nasi kenduri la plak..ayam masak rose ni saya pasangkan dengan nasi jagung..untuk nasi jagung nanti kita tengok n3 seterusnya..

asalnya sayan nak buat ayam masak merah untuk pasangan nasi jagung tu nanti, tapi bila saya terjumpa blog anis nabilah chef selebriti yang terkenal tu, saya pun ubah fikiran dan terus berminat untuk mencubanya..dalam blog beliau, nasi jagung yang di sajikan disesuaikan dengan nasi jagung..dah kebetulan saya nak buat nasi jagung, so saya pun terus nak buat ayam masak rose ni walaupun tak pernah buat dan rasa..tapi alhamdulillah ianya tidak mnegecewakan..memang sedap..saya berterima kasih la kat chef anis nabilah atas syer resepi yang beliau tunjukkan..memang berbaloi sayan mencubanya..boleh meluaskan pengetahuan saya dalam dunia resepi ni..

ok lah tak nak celoteh panjang, nak buat n3 seterunya pulak..ok jom layan resepi chef anis nabilah..

Ayam Masak Rose.
sumber : chef  Anis Nabilah

Bahan-bahannya :)

2 ekor ayam dipotong 4 dan digoreng (saya potong 12)
Minyak masak
3 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih
3 batang kulit kayu manis
2 genggam cili kering (dikisar)
10 biji bawang merah (dikisar)
6 biji bawang merah (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1cm lengkuas (dikisar)
2cm kunyit hidup (dikisar)
5 biji buah keras (dikisar)
2 sudu besar kas-kas (dikisar)
2 sudu besar biji ketumbar (dikisar)
1 sudu besar jintan putih (dikisar)
1 sudu besar jintan manis (dikisar)
1 tin sup tomato (saya tak letak dan ganti denga cili sos)
Gula
Garam


Cara-caranya :)
  • Panaskan sedikit minyak masak didalam kuali dan tumiskan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis. 
  • Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar dan tumiskan lagi sehingga harum dan pecah minyak
  • Masukkan sedikit air dan masukkan ayam yang telah digoreng
  • Setelah mesra, masukkan cili sos, garam & gula. 
  • Hidangkan bersama Nasi Jagung.
senang je nak buat,tapi banyak bahan dan rempah digunakan untuk masak ayam rose ni.
oklah selamat mencuba, bagi yang ingin merasa kelainan dalam masakannya. manalah tau nak buat jamuan kecil2 ke, makan besar bersama keluarga ke ape2 lah..ikut keselesaan dan selera masing2..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...