Feb 27, 2011

Bayam Goreng.

Ain Fajar | 3:15 PM | 3Comments |
Assalamualaikum...
n3 kali ni saya nak kongsi, mcm mn nak buat bayam  goreng rangup mcm keropok. 1ts percubaan alhamdulillah menjadi..mmg senang nak buat kalau kita tau rahsianya..saya dapat resepi dan tips nak buat bayam goreng dari rancangan masak2 5 rencah 5 rasa kat tv3 minggu lepas. nama chef saya tak pasti. chef selebriti baru dan masih muda..seronok tengok rancangan tu, tiap2 minggu hari selasa pukul 10pg mesti saya ngadap tv tengok, tinggal dulu kerja yg lain..
ni lah rupa bayam goreng saya yang buat kelmarin. selain bayam kita juga boleh guna kangkong..klah kita terus je tengok resepi ..

Bahan-bahannya :)
sayur bayam
3 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
lada hitam secubit garam
1 sk eno (tiada berperisa)
air secukupnya.

Cara-caranya : )
  • satukan tepung gandum, tepung beras, lada hitam dan garam.
  • bancuh tepung mcm bancuh tepung untuk mengoreng pisang. (jangan terlalu pekat)
  • simpan 10 minit dalam peti ais.
  • apabila nak menggoreng baru masukkan eno kacau sebati.
  • celupkan bayam dan goreng garing..

senang je..selamat mencuba yer!!!

Feb 26, 2011

Ayam semur

Ain Fajar | 4:59 AM | 1Comments |
Assalamualaikum...
n3 kali ni adalah menu tengah hari tadi dan mcm biasa akan di bawa ke malam..ayam masak semur!!sebenarnya saya pun tak tau kenapa nama masakan ni masak semur..kemungkinan besar ianya adalah dari bahasa jawa.. ye lah masakan ni adalah resepi ibu mentuaku..keluarga en.abg mmg jawa tulin..saya ni dah kacuk2 dah..bahasa yang kami guna kat rumah bahasa melayu biasa..cuma persekitaran kampung dan kawan2 mmg jawa..so saya mmg faham kalau org cakap jawa..haa no kutuk2 ok!..
ok ni lah rupanya, mcm ayam masak kicap kan?, resepi masak semur ni, kita boleh guna ikan tenggiri atau ikan kayu selain ayam..biasanya mak metua saya guna resepi ni untuk masak ayam kampung. tapi saya guna ayam pekan je..jom tengok resepi. tak susah, sangat lah senang.saya masak ni kira main agak2 je.

Bahan-bahannya : )
1/2 ekor ayam
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sk jintan putih *
1 sk biji ketumbar *
1/2 inci halia *
1/2 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
sedikit ikan bilis (agak2 je)*
1 sb sos tiram
lada hitam
1 cawan air
kicap manis (ikut citarasa masing2)

Cara-caranya : )
  • bersihkan ayam, lumur ayam dengan sebuk kunyit dan garam kemudian goreng hingga masak
  • satukan bahan-bahan yang bertande bintang, kemudian kisar guna mesin kering atau tumbuk lumat.
  • masukkan bahan yang telah di kisar lalu tumis hingga sedikit garing.
  • masukkan kayu manis, bunga lawang, sos tiram, kicap dan lada hitam.
  • masukkan air. apabila sudah mengelegak masukkan ayam.
  • gaul sebati. boleh tutup api apabila kuah menggelegak dan menyerap pada ayam.
dah siap!!!selamat mencuba!!
P/S jika ingin menggunakan ayam kampung boleh masukkan 2 cawan air, tunggu ayam lembut, jika belum lembut masukkan air lagi dan tambah kicap.

Muffin kelapa

Ain Fajar | 12:50 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
petang tadi saya buat maffin. tak pernah buat muffin, ni kira 1st la..saya buat muffin ni, sebab nak balas balik nasi dagang yang jiran sebelah bagi..semalam jiran saya ni buat kenduri doa selamat untuk pembukaan kedai barunya,, so dorg bagi la kat kami nasi dagang...mmm rezki tengah2 malam...sekali sekala..kalau selalu boleh gemuks la, mau jg badan ni benjoi sana sini..hahaha..

muffin kelapa versi ain. hehehe..1st buat terus menjadi, ni yang suka ni..tapi betul ke muffin lembut? saya tak suka makan muffin tapi suka buat, so tak tau muffin ni betul2 jadi ke tak..biasanya kalau muffin mesti merekah dan keras?sape leh jawab yer?? tapi muffin ni mmg sedap, rasa lemak serbuk santan dan kelapa keringnya, jiran saya cakap pun sedap dan terus nak tempah...hhmmmm!!lebar senyuman saya...saya yang tak suka ni pun habis 2 3 biji sekali makan. c kakak n en.abg lagilah tau2 hilang je dari pinggan..
ok kita skodeng dulu resepinya..resepi ni saya intai2 kat blog CMG dari DTS, kalau try resepi dari CMG ni mmg tak penah kecewa..i like DTS..

sumber : Chef Mat Gebu (DTS)
Bahan-bahannya : )
125 g mentega
2 biji telur gred A
80 g gula halus
150 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour) 
30 g kelapa kering
1 camca besar serbuk santan
1/4 cawan susu segar (mat guna susu cair)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur

 




CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Satukan tepung kek dengan kelapa kering, serbuk santan dan secubit garam, gaul rata. Ketepikan.
  • Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga putih. Masukkan pandan paste dan kacau rata.
  • Perlahankan speed dan masuk tepung berselang seli dengan susu cair hingga selesai. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam muffin cup tadi dan tabur sedikit kelapa kering atasnya. 
  • Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang.....
 memang senang nak buat. selamat mencuba yer!!! 

Feb 25, 2011

Soto Ayam

Ain Fajar | 8:52 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
menu tengah hari tadi dan terus bawa ke malam...saya mmg suka makan soto nih, bagi 2 mangkuk yang besar pun leh habis, tak padan dengan saiz badan hehe...dah lama teringin nak makan..hari ni, en.abg cuti saya pun buatla..baru best makan ada kawan...
 senang je nak buatnyer..saya suka yang kuahnya kurang rasa rempah, so saya buat yang simple je.kalau sesape yang suka rasa rempah yang kuat boleh tambah sub bunjut...kuah soto ni saya ikut cara arwak mak saya masa dia niaga kat kanting sekolah dulu..
ok jom skodeng2 resepinya..
 Bahan-bahannya :  )
500 ml air
100 gm ayam
tulang ayam yg telah di goreng
garam secukup rasa
perasa ajinomoto (tak letak pun boleh)
lada hitam ( agak2 je)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang.
1/2 biji kiub ayam

cara-caranya :)
  • reneh air dalam periuk dan masukkan ayam yang telah di potong dadu serta tulang ayam yg telah di goreng.
  • tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia serta terus je masukkan ke dalam periuk.
  • apabila sudah mengelegak masukkan garam dan bahan perasa serta lada hitam.
  • apabila kuah masak, tabur  daun sup..

Bahan isi soto : )
Bihun atau soun
kacang tanah
danging ayam
tauge
sawi
nasi impit

cara-caranya : )
  • goreng kacang tanah hingga garing.
  • goreng bihun atau soun hingga kembang (jgn basuh)
  • goreng ayam dan carik2kan (tulang ayam masuk ke dalam kuah)
  • celur tauge dan sawi.
sambal kicap : )
10 biji cili padi
2 sudu gula
kicap secukupnya
caranya: )
  • kisar atau tumbuk cili padi bersama gula.
  • apabila sudah lumat masukkan kicap.
cara hidangan : 
  • masukkan nasi impit, soun goreng, kacang, tauge, sawi, ayam.
  • tabur daun sup dan bawang goreng. 
  • tuang kuah sup dan sambal kicap.
mudah je kan..tapi amik masa sikit. tapi puas hati..hasilnya berbaloi-baloi.
k selamat mencuba!!!!!

Feb 24, 2011

Masalode

Ain Fajar | 8:49 PM | 0Comments |
Assalamualaikum...
salam pagi jumaat untuk semua...dah sarapan? pagi ni saya sarapan kuih masalode..tak pasti nama dan ejaannya betul ke tak..asal ada bunyi ok la tu...kuih ni mengingatka saya masa zaman sekolah dulu..tiap2 hari mesti mak cik kantin buat kuih ni, ye la mana tak nyer senang nak buat dan modalnya pun murah...masa my mom niaga kat kantin sekolah dulu  pun hari2 la saya dok mengadap kuih ni.dah lama tak buat..masalode ni antara kuih paberet saya, tak sangka plak en.abg pun suka masalode ni masa dia sekolah dulu..serasi latu..hihi..sebenarnya en.abg la yang suruh buat masalode, tibe-tibe teringin nak makan, rindu masa zaman sekolah dulu katenye...saya pun buatla memandangkan dah lama tak buat dan nak buatnya bukanlah susah pun..

 haaa ini la rupa masalode yang saya buat pagi tadi, senang, cepat dan murah je kosnyer..saya buat dapatla dalam 13 biji..jadilah makan 2 orang, kakak 2 biji dah cukup, c fina 1 biji pun tak habis2..gigi depan je yg ada lambat la dia makan...

Bahan-bahannya : )
2 cawan kacang dal
1 tangkai cili kering
½ sk garam
Secubit perasa (ajinomoto)
½ biji bawang besar
1 sk jintan putih
1 tangkai daun kari

Cara-caranya :
  • Remdam kacang dal semalaman.
  • Kisar kacang dal guna blander kering. (jangan terlalu lumat dan jangan terlalu kasar, yg sedang2 saja)
  • Hiris halus, cili kering, bawang dan daun kari
  • Gaulkan kesemua bahan dengan kacang dal yang telah di kisar.
  • Kepal-kepalkan dan bulat2kan..
  • Apabila ingin menggoreng leperkan guna tangan masalode ikut citarasa masing2..jika ingin rangup leperkan nipis, dan ingin lembut leper sedikit sahaja..ok
  • Goring garing…siap!!!
Senang je selamat mencube ok!!!

Feb 23, 2011

karipap Pusiang sardin

Ain Fajar | 4:43 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 yg ni, saya buat semalam dan makan untuk sarapan pagi ...saje bosan tak buat ape buatla karipap pusing..bukan ape time boring2 ni, rajin sikitla buat karipap pusing, coz nak buatnya makan masa sikit..saya mmg suka makan karipap pusing ni..dah lama teringin nak belajar, akhirnya saya mahir juga membuatnya...hahaha mahir tak mahir la, kira bolehla kan...


dah banyak kali dah buat, saya dah syer kat n3 sebelum ni, tapi intinya berbeza lah..k jom kita tengok resepinya..resepi ni saya belajar masa ngandungkan kakak..arwah my mom yg suruh saya pegi kelas gantikan dia..masa tu dia dah tak sihat..bila buat kuih ni mmg syahdu teringatkan dia..

Bahan-bahannya : )
Bahan kulit karipap.
bahan A
120 gm tepung gandum
20 gm mentega 
1 sb gula
60 ml air sejuk

bahan B
90gm tepung gandum
1 sb minyak jagung
50gm shortening.

Cara-caranya : )
  • satukan semua bahan A.
  • uli bahan hingga menjadi doh yang lembut.
p/s : janagn uli doh dengan cara meramas tapi dengan hanya menggunakan hujung jari untuk mengelak doh menjadi liat.
  • satukan juga bahan2 B, hingga menjadi satu doh yang lembut.
  • gunakan hujung jari untuk menguli doh.
Bahan-bahan inti.
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
gula
garam
2 biji kentang

Cara-caranya : )
  • kupas kentang dan potong dadu. kemudian rebus hingga empuk, ketepikan.
  • kisar bawang besar, halia, serai, dan bawang putih. 
  • tumis bahan kisar hingga naik bau..masukkan sardin sambil hancur2kan isi ikan.
  • masukkan gula dan garam ikut citarasa sendiri.
  • masukkan kentang yang telah di rebus tadi. tunggu hingga inti kering.
  • sedia untuk membuat karipap..
ok gamab2 kat bawah adalah kaedah yg saya gunakan untuk melapis kulit karipap pusing ni..kaedah ni saya belajar dari kakak saudara saya (kak milah). kak milah ni mmg pandai buat kuih muih. sekarang ni dia seorang pengusaha biskut raya..sambil bekerja sebagai guru tadika..dia mmg seorang yang sangat kuat semangat.saya mmg puji sikap peribadinya..terima kasih banyk2 ilmu yg sudi dikongsi bersama. Dia ajar saya dengan membuat demo 2 kali kat umah dia, pastu saya latih sendiri..tak susah pun 2 3 kali try dah pandai. so kalau korang try mesti menjadi, yg penting usaha..


ok, bila da siap kedua-dua doh, bulatkan sebesar duit 50sen, mcm kat gmbr sebelah ni yer..yg putih lebih kecil dari yg kuning





kemudian, masukkan doh yg putih kedalam doh yg kuning..leperkan guna tangan je, pastikan yg tengah tebal dan sekelilingnye nipis sedikit.



jadi lah seperti ini.bulatan yg besar.






kemudian, gelek nipis seperti yg tertera di gambar.







kemudian potong guna pisau separuh bulatan.





pastu gulung mcm yg kat dalam gambar tu. jari tangan kiri gulung jari tangan kanan  tekan bahagian tengah supaya ianya gulung ikut bulatan.










so, jadilah mcm ni..mcm ulat gendon (ulat daun) kan? hihihi







kemudian gelek lagi mcm yg kat gambar tu.






pastu gulung..





pastu potong 2. jadilah mcm yg kat gambar tu. kiranya 1 biji leh hasilkan 2 biji karipap.





pastu gelek. pastikan yg bhg dalam diatas mcm yg saya letak di sebelah yg leper tu.






kemudian leh letak inti dan klim karipap mcm biasa. boleh juga kalau nak guna acuan karipap.





ok dah siap!!!

dah boleh goreng..boleh juga disimpan buat mcm kuih frozen.





kalau nak goreng karipap ni gunalah api yg slow supaya kulitnya masak sebati, dan warnanya cantik..kalau makan time suam-suam kuku mcm mkn pastry gitu...lembut tapi rangup..mmm mcm mn tu yer...hihihi naka tau kena try dulu...faham tak kaedahnya tu..kalau tak faham leh tanye k...
ok lah selamat mencuba yerrrr....

    Feb 21, 2011

    Kebab Daging

    Ain Fajar | 6:13 AM | 3Comments |
    Assalamualaikum..
    salam semua..ni sepatutnya n3 mlm semalam, tak de mood nak up date blog bila line tenet slow sgt2..semalam rasa malas nak makan nasi..tengok dalam frez ada lagi daging cincang yang berbaki, mmm trs ajak en.abg pg kedai cari roti kebab..nasib ada, rezkilah kan...pasar area trgn ni, saya belum jumpa lagi orang jual kebab...so buat sendiri lah, tapi x sama lah mcm yg kat jual kat pasar malam tu, peralatan tak ada..tak pe janji sedap juga kan..
     ni la kebab yg tak berape nak cun..yela main curah je sos tu, tu yg tak cantik..mula2 buat 3 biji je, yg tak ada sos tu kakak punye..2 biji lg untuk saya n en.abg, pas tu buat lagi abiskan inti.. 
    k lah jom kita tengok mcm mn nak buat inti daging kebab ni..senang je...saya hentam jerr, tak sangka menjadi..bila leh telan 2 biji kebab daging, beranilah nak syer kat cni...

    Bahan inti..
    4 biji roti kebab
    100gm daging cincang
    1 biji bawang besar
    6 sudu sos lada hitam
    hiasan
    1 biji telur
    timun
    sos cili

    Cara-caranya :
    • hiris bawang besar dan tumis hingga layu
    • masukkan daging cincang tunggu daging sedikit masak
    • masukkan sos lada hitam dan kacau sebati. tunggu daging masak dan kering..
    dah siap, senang je kan, sos lada hitam tu mmg dah sesuai rasanya tak perlu letak garam dan gula lagi...saya guna sos black paper serawak...mmg sedap
    ok selamat mencuba yerrr...

    Feb 19, 2011

    ikan kembung sweat sour

    Ain Fajar | 4:22 AM | 3Comments |
    Assalamualaikum...
    Menu tengah hari , mmg mengancam..kenyang perut keluarga saya..kalau korg perasanla kan, menu ikan yg saya masak ni, asik ikan kembung je kan..hihihi..nak buat mcm mn, dah membesar dengan ikan kembung dari kecik sampai la sekarag ikan kembung jd pilihan utama…ikan kembung flexible, masak ape pun sodap..lagi pun tak ada ikan lain yg menarik minat saya, ikan kat trgn ni gabak2 (org trgn kate bapok beso2 ikang),  tu yg tak berapa nak minat tu..

    Ok lah jom kita tengok resepi..saya main campak je..tp jagan isau k mesti sedap..
    Bahan-bahannya 
    4 ekor ikan kembung
    3 biji bawang merah
    2 ulas bawang putih
    ½ inci halia
    2 sb sos tiram
    6-7 sdb sos cili
    1 sdb gula
    ½ sk garam
    ½ cawan air

    Cara-caranya : )
    • Cuci ikan kembung bersih, lumur dengan serbuk  kunyit dan garam, kemudian goring garing.
    • Hiris bawang merah, bawang putih dan halia di ketuk kemuadian tumis bersama cili padi hingga naik bau.
    • Masukkan sos cili dan sos tiram, serta masukkan air..kacau sebati.
    • Masukkan garam dan gula, gaul tunggu higga sedikit pekat.
    • Masukkan ikan yg telah di goring tadi dan gaul sebati.
    Siap!! Sedia untuk di hidangkan…
    Selamat mencuba!!!mesti sedap

    kailan udang kering

    Ain Fajar | 3:16 AM | 0Comments |
    Assalamualaikum…
    Menu tengah hari tadi, saya buat sayur kalian masak bersama udang kering…biasa kita dengar kalian ikan masin. Oleh kerana saya tak makan ikan masin (ish!!ish!! mengalahkan mat saleh, dorg pun dah pandai makan ikan masin huhu), so saya ubah ikan masin kepada udang kering..rasanya tak jauh berbeza malah lagi sedap, tapi bagi yang suka makan ikan masin, boleh tukat je udang kering tu dengan ikan masin..ikut suka masing-masing la..senang je..ini kali kedu saya buat mcm ni…

    Jom kita skodeng2 resepinya.

    Bahan-bahannya : )
    Bahan A
    2 pokok kalian
     Sedikit air
    Bahan B
    2 biji bawang merah 1 ulas bawang putih
    2 sudu udang kering
    1 sb sos tiram
    6  biji cili padi

    Cara-caranya : )
    • Tumbuk bahan B hingga lumat.
    • Tumis bahan2 yg telah di tumbuk hingga sedikit garing.
    • Masukkan sos tiram, kacau
    • Masukkan sayur kalian kacau sebati. Tunggu sedikit layu..
    • Sedia untuk di hidangkan..
    Selamat mencuba..


    Feb 17, 2011

    samosa daging

    Ain Fajar | 11:33 PM | 0Comments |
    Assalamualaikum...
    salam hari jumaant..n3 ni sepatutnya hidangan sarapan pagi, tapi tak kesempatan...tak pe la kan...kali ni saya buat samosa inti daging black paper..badan masih dalam keadaan yg tak berapa sihat. tapi tak la teruk masih boleh bangun dan buat kerja...
    inilah samosa yg saya buat malam tadi, mmg buat utk sarapan pagi tadi..saje mulut ni gatal nak makan, tak larat pun buat jelah, lagi pun bahan2 sume ada..tapi tak cantik samosa saya kali ni sebab kulit popia ni dah lama, cpt sangat kering masa proses pembungkusan.
     ok jom kita tengok resepinya..

    Bahan-bahannya..
    menghasilkan 20 biji
    200 gm daging cincang
    2 biji kentang
    3 biji bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1 cawan sos black paper
    garam dan gula secukupnya.

    cara-caranya
    • buang kulit kentang dan potong dadu. rebus kentang hingga empuk. ketepikan.
    • hiris bawang putih dan bawang merah..tumis bawang2 hingga naik bau.
    • masukkan daging cincang hingga masak.
    • masukkan sos black paper dan gula serta garam ikut citarasa masing2.
    • tunggu kuah pekat.boleh taburkan sedikit tepung jagung supaya kuah menjadi pekat dan sedikit kental.
    • apabila inti sudah siap, boleh balut inti tu dengan kulit popia berbentuk segi 3.
    • boleh terus goreng hingga kulit keperang-perangan..
    dah siap..senang je kan..
    selamat mencuba...byby

    Feb 16, 2011

    Gambang water park (part 1 & 2)

    Ain Fajar | 5:11 PM | 1Comments |
    Assalamualaikum..

    Salam maulidur rasul..sempena maulud nabi semalam en.abg pun cuti, so kami sekeluarga jalan-jalan cuti-cuti malaysia lah...hihihi..time cuti ni la masa bersama keluarga dan hiburkan anak2..lagi pun saya dok umah ni boring kelabu je mate tak tengo dunia luar..hahaha..maklumla en.abg saya ni susah nak ajak berjalan kalau tak tau jalan..kami pergi ke water park ni pun sebab ada kawan2 sekerja en.abg yg pergi sama.(kira petunjuk arahla).
    jauh juga perjalanan kami ni, yelah gambang ni kat pahang, kami ni dok terengganu, ni je water park yg paling dekat dengan kami..kat kawasan negeri trgn mmg xada rasanya.kebanyakkan org trgn ni nak shoping pun pegi kuantan pahang..kuantan pembangunanya mcm kat KL dah sume ada..dari dungun trgn nak ke bukit gambang ni amik masa 4 jam perjalanan..pagi2 lagi kami dah keluar rumah supaya sampai sane ngam2 water park tu buka dan biar c kakak dgn c fina  puas mandi manda..mmg kesukaan kakak mandi manda ni.
    tengoklah kakak awal2 lg dah suh amik gambar kat tempat ni, minat sangat dia dengan air terjun kat belakang tu. tapi tak namapak plak...ish!!ish!! anak sape la yang melenyis ni huhuhu..
    ok yg gmbr kat atas ni lah yg sama2 bercuti dengan kami..ada 3 family, yg baju biru tu kawana kerja en.abg org ganu bersama 2 org puterinya dan isterinya yg pakai baju kelabu tu..sama tak mcm muka saya..hihihi nama dgn badan je sama, dia lagi cantik org johor..yg tengah pakai tudung itam dan baju ijau tu sayalah..dgn 2 org puteri juga kakan n c fina..yg tudung pink tu isteri kawan en.abg yg berbaju merah (pengantin baru ni inai pun belum abis lg, ada anak tapi kat dalam perut lagi br 3bln)..dorg org johor dtg cni kerje, kira kawan en.abg masa study kat MFI dulu..best kan dulu kawan satu kos sekarang kawan sekerja pulak..yg baju ijau tu sapelah lagi my asben la..

    layan je lah gmbr2 nya..tak banyak amik gambar pun, sorg pegang kakak sorg pegang fina..x de sape nak amik gambar..fina plak asik nak dukung je.adui sengal satu badan sampai sekarang dok rasa lg..nak main air tapi takut..kakaknya dah tak ingan ape dah..tapi mst di kawal..

     oleh kerana kami ni bawa anak2 so kami amik kawasan kanak2 jee..memang nak bawa dorg mandi manda pun nnt kalau dorg dah besar barulah pegi kat tempat org dewasa, mencabar cikit..tak pun next time bawa org yg leh jg dorg boleh la saya pun leh mandi manda mmhuahahaha....
    kat kawasan atas tu tempat org dewasa, tengok jelah walau teringin..kalau datang dengan kawan2 mmg best pegi sane..en.abg dengan kawan-kawannya pegilah..xpelah kot2 boleh riles tation, dorg dah penat kerja.bila dorg naik sane dan meluncur boleh jerit kuat2...
     makan timee!!!dah penat madi manda, makan-makan la plak..kat tempat ni, pondok mcm kami duduk ni kn sewa RM40...huhuhu mahal juga..tapi selesa, nyaman dan bersih..oklaaa berbaloi..siap ada tilam kalau nak baring2, terutama yg bawa ank2 mcm kami ni...

    ok bersambung lah dulu...tak tau lah knp dengan line ternet ni. pg2 dah wat hal, lemau jeee, kura2 pun leh jln laju huhuhu...bikin panas di cuaca nan sejuk ni....

     bersambung part 2...
    menu kami pada tengah hari tu..saya makan chicken chop..tak minta pun tapi en.abg yang nak belanje.. 
    makanan dengan blog ni tak dapat di pisahkan..hihihi nak juga saya tunjuk gambar makanan walau pun bukan saya yang masak,..nak tunjuk juga.....tapi kan...syuhhh!!!tak bape nak sedapla...berminyak, sosnya pulak cikit je...oleh kerana mahal saya makan juga...sayang kalau tak makan...
    yang ni nasi ayam, untuk kakak..mmg fia suka makan nasi ayam, ayamnya ayahnya yang makan..kakak bukan tau makan nasi dengan lauk lagi2 la pedas tak nak makan la...
     yang sebelah kakak tu, husna anak kawan en.abg...bijak bercakap budak ni..tua dari kakak sebulan je, tapi dah tak pelat percakapannya...














    c fina dah kepenantan, naik je dari mandi meragam je, sumbat je susu terus je tido..yelah bangun pun awana
    c kakak pulak,  dah abis makan cbuk nak mandi2 lagi, kami dah nak balik dah, oleh kerana, tak nak dia wat perangai ikutkan jelah..nnt dia tunjuk perasaan kacau adiknya tido pulak...mandi la dia sorg2..bila c fina dah bangun kami pun balik...tak terus balik umah, tapi pg shoping mall, window shoping je...aduyai..ni yang tak larat ni..kena dukung fina..tak nak dengan ayahnya pulak tu...sengal urat saraf semua, tersimpul-simpul lagi..mcm dah nak demam je di buatnya...maklum la badan dah lojek bak kata orang jawa...dah tua, kesan dari operate pun ye juga..badan dah tak kuat...
    mmmm...walau apa pun, mmg seronok pegi jejalan ramai2..insay' allah kami nak pergi bercuti bersama lagi...ok baybay

    Feb 13, 2011

    Percik ikan kembung.

    Ain Fajar | 4:13 PM | 0Comments |
    Assalamualaikum..
    salam 1 malaysia..hari ni saya nak syer, masakan lauk terengganu..yela kan duduk terengganu dah nak msuk 3 thn, tak kan tak pandai nak masak lauk org terengganu...org terengganu ni mmg dah sebati dengan ikang...dorg ni pandai manfaatkan sumber protin ikan untuk buat mcm2 produk yg berasaskan ikan..percik ikan ni salah satu jenis makanan dorg. saya rasa kat tempat lain tak ada ikan percik. biasa kita dengar ayam percik..kat sini baru saya jumpa ikan percik ni...mmg sedap mcm ikan bakar tapi sambalnya rasa agak unik sebab letak santan..
    inilah rupa ikan percik yg saya buat semalam, en.abg kate lulus dan sama mcm yang jual kat kedai..so beranilah saya syer dengan semua...oklah jom kita tengok resepinya..senang n cepat je..

    Sumber : Majalah Rasa Keluaran feb 2011
    Bahan-bahannya : )
    4 ekor ikan kembong
    5 biji bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1/2 inci halia
    2 batang serai
    3 sudu cili boh
    1 biji kelapa (ambila santan pekatnya) ~ saya guna santan kotak je 200ml krg kolestrol
    5 biji cili padi (saya tambah sendiri)
    garam, ajinomoto dan gula secukup rasa..

    Cara-caranya : )
    untuk membuat samabal : )
    • kisar bawang putih, bawang merah, cili padi dan halia.
    • tumis bahan kisardan cili boh hingga naik bau. masukkan serai yg telah diketuk..
    • masukkan satan pekat bersama bahan2 perasa..
    • masak hingga kuah pecah minyak..
    untuk menyediakan ikannya ;)
    • sediakan kuali leper dan lapik dengan daun pisang..letak sambal tadi dan susun ikan kembung dan rasakan sambal atas ikan..tutup guna tutup periuk..biarkan
    • boleh di balik2kan. jika ingin sambal banyak boleh ditambah ikut selera masing2..
    • kuahnya juga boleh di jadikan pencicah..
    kaedah diatas ni adalah kaedah saya sendiri..
    • kaedah asal~ bakar ikan dia d atas api hingga masak..tuangkan samabal ikan atas ikan tadi..

    ok selamat mencuba yer!!!

    Feb 12, 2011

    pizza lagiii...

    Ain Fajar | 12:42 AM | 1Comments |
    Assalamualaikum...
    makan pizaa homemade lagi.menu mlm tadi, malas nak masak yang berat2, penat blk dr beli brg dapur, penat lain macam kali ni, ntah knp c fina tak nak duduk diam dlm troli, nak dukung je, tak nak dengan ayahnya plk2 sabo je lah, makin kurus la ibunya.....haa kali ni saya buat topping nyer jer, aritu masa kat kampung saya buat roti pizza banyak, saje buat lebih, buat mcm roti frozen nnt tinggal letak toping dan masuk oven..ala kat giant ke, tesco ke sume dah ada jual roti pizza frozen tinggal letak topping yg kita suka, yg dah siap ada topping pun ada juga, tinggal masukkan dalam oven bakar...sekarang sume nak cepat, org makin bijak menghasilkan makanan yg cepat disediakan. cakap nak ape sume ada..klah jom layan gamabar..
    gmbr yg kat atas ni pizza yg belum di bakar.nampak mcm menyelerakan je kan...huhuhu kali ni tidak menepati citarasa saya, rasanya dah ok tapi bila di bakar dan nak potong habis isinya tetanggal..kenapa?? tak tau la plak..tak pe lepas ni saya gaul sekali mozarela dengan daging, pastu tabur bayak2 mozarela atas topping, haaa barula masa nak makan cheese dia bertali-tali bak kate org jawe pizza molor2..
    yang ni plak yang dah di bakar, tak nampk dah cheese mozarelanya..ape2 pun sedap..kita tengok resepi topping je lah...resepi untuk rotinya leh tengok yg sebelum ni..

    bahan-bahan topping : )
    1 cawan daging cincang
    1/2 biji bawang besar
    2 ulas bawang putih
    5 sb sos black paper
    2 sudu sos cili.
    sedikit gula
    isi ketam
    sossej
    fish ball
    lada benggala
    cheese mozarela

    cara-caranya :)
    • kisar bawang putih, bawang besar dan halia.
    • tumis bahan2 kisar hingga naik bau, masukkan daging.gaul rata dan tunggu danging masak
    • masukkan sos lada hitam, sos cili dan sedikit gula.masak hingga daging kering..
    • sapu sos atas roti, lapis dengan daging cincang yg sudah masak tadi, susun isi ketam, sosej, lada benggala, fish ball dan tabur mozarela..
    • bakar dalam masa 10 minit atau hingga roti sedikit kuning.

    p/s : jika ingin bagi danging melekat boleh gaul mozarela dengan daging..
    selamat mencuba...

    Feb 11, 2011

    Sup Brokoli

    Ain Fajar | 11:27 PM | 0Comments |
    Assalamualaikum..
    salam pagi sabtu...n3 kali ni saya nak syer menu malam tadi..arini tak masak lagi, sebab ikut en.abg pg opis dia..sambil tunggu en.abg wat keje saya buatla keje saya..bosan toi dok kat opis yg sunyi sepi ni..mane taknyer ari sabtu waktu cuti...

    sup brokoli ni sangat sesuai utk org yg nak berdiet dan menjaga pemakanan seimbang serta untuk anak2..en.abg dan anak2 mmg suka sangat meratah sup yg mcm ni. makan dengan nasi putih yg panas pun sedap, dengan bubur nasi pun boleh..senang dan cepat untuk menyediakannya..tak sampai 5minit dah siap. saya dapat resepi ni dr majalah saji, tapi dah tak ingat keluaran tahnu dan bulan bila.dah lama dah 2 thn yg lepas..bila 1ts try dan rasanya serasi dengan selera anak tekak semua saya selalu juga buat, boleh juga tukar dengan sayur 2 lain..
     sumber : > majalah saji
    Bahan-bahannya : )

    1 mangkuk sayur brokoli
    2 ulas bawang putih
    1/2 sk garam
    1/2 ketul kiub ikan bilis
    1/2 inci halia
    1 biji telur
    lada hitam (ikut kesukaan msg2)
    2 cawan air

    cara-caranya :)
    jerang air, masukkan bawang putih dan halia yang telah di ketuk
    masukkan brokoli tunggu hingga menggelegak dan sayur lembut.
    pecahkan telur dan kacau sebati.
    masukkan garam dan lada itam.
    tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

    senang, mudah, cepat, pantas mmmmm ape lagi yer???
    ok selamat mencuba..baybay


    Feb 10, 2011

    Cekodok Cempedak

    Ain Fajar | 7:09 PM | 2Comments |
    Assalamualaikum..
    selamat pagi semua...dah sarapan ke?saya baru je siap masak sarapan. hari ni saya buat cekodok cempedak, lebih kurang mcm cempedak goreng ..cempedak ni pun fresh dr pokok kat kampung. masa saya bw dr kmpg belum masak lg, dah seminggu kat trgn cempedak pun masak.. c kakak mmg suka mkn cempedak ni, tu yg belum masak pun embahnya suruh juga bawa.bawa jugakla nnt kecik ati plak, c.abg awal2 dah kerut dahi tak nak bawa takut kereta dia berbau, saya pun suka so saya ambik trs masuk dlm kereta. peduli lah...belum masak bukan ada bau pun...oleh kerana yg makan cempedak ni budak kecik, sebelum goreng saya buang biji dan carik2 dulu, bila dah goreng jadilah macam kat gambar di bawah ni.
    ha mcm nilah rupa cempedak goreng yg telah di buang biji dan di carik2 kecil. mcm cekodok kan? so saya ubahla name..xpe kita yg buat dia kannn. mcm cekodok pisang pun adoo nih...hehe..k jom kita tengok tepung di sebalik cempedak yg masak ranum tu..
    Bahan-bahannya ;)
    1 biji cempedak (20 ulas)
    1 sk garam
    1/2 cawan tepung kek (naik sendiri)
    1/2 tepung gandum
    3 sudu tepung beras
    1/2 cawan air ( - +) agak2 la ye

    Caranya;
    • buang biji cempedak dan carik2 kan, ketepikan
    • gabung semua tepung bersama garam.
    • bancuh tepung2 kacau sebati..kepekatan bancuhan tepung sama seperti bancuh tepung goreng pisang..
    • tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
    • masukkan cempedak dan gaul rata.
    • panaskan minyak.goreng cempedak macam kita buat cekodok. jemput guna tangan dan boleh guna sudu.
    hasilnya akan menjadi bulat dan gebu kerana penggunaan tepung naik sendiri dan ianya rangup hasil penggunaan tepung beras.
    ok selamat mencuba!!!

    Kangkung Belacan

    Ain Fajar | 7:20 AM | 0Comments |
    Assalamulaikum..
    hallooo salam n3...menu tengah hari, kangkung belacan. yang bestnye kangkung ni dipetik dari parit depan umah kat kpg...masih lagi suci persekitarannya tanpa pencemaran dr mana2 pihak...mmg segar terbaik dr parit, gemuk2 lg, huh!! geram je..hahaha..rasanya ramai yg dah tau masak kangkung belacan ni.saya buat ikut suka main agak2 jer...
    haaa tengok tu walau dah di masak layu tapi masih nmpk kesegarannya.biasanya kalau yg di beli kat kedai bila di masak dah tak nmpk rupa daun, layu yu yu...ok lah membebel la pulak..

    Bahan-bahannya : )
    2 genggam swayur kangkung
    1 biji bawang sederhana besar
    2 ulas bawang putih
    2 inci belacan yg telah di bakar
    2 sudu ikan bilis
    8 biji cili padi

    caranya : )
    • tumbuk semua bahan
    • panaskan minyak dan tumis bahan2 yg telah di tumbuk tadi hingga naik bau.
    • masukkan sayur kangkung gaul rata, masak hingga kangkung masak (lembut).

    main campak2 je.senang sgt..ok
    selamat mencuba

    Feb 9, 2011

    Ayam Percik

    Ain Fajar | 3:28 PM | 2Comments |
    Assalamualaikum..
    salam satu malaysia!!!!menu semalam ayam percik, boleh juga di panggil ayam bakar, ape2 pun boleh..kedua2nya di masak dengan cara membakar atas bara api, tapi saya menggunakan cara yg lain untuk menghasilkan ayam percik ni...al-maklumlah bukannya pandai buat bara api, lagi pulak duduk dkat kawasan taman perumahan kalau buat bakar2 nnt org panggil bomba pulak..oleh kerana teringin nak makan ayam bakar saya buat dan fikir kaedah lain selain bakar atas bara dan bakar dalam oven.nak beli rasanya tak ikut citerasa anak tekak ni.buat sendiri puas hati..
    haaa ni lah kaedah yg saya gunakan untuk membuat ayam percik@ayam bakar, berasap lagi ngkau!!!hoho....guna kuali leper, letak daun pisang susun ayam yg dah saya peram pastu tutup guna penutup periuk supaya masak sebati luar dan dalam.tak lama pun nak masaknya, rasanya mmg tak mengcewakan mmg sama mcm kita bakar atas bara ataupun oven, yg ni lagi sedap tau sebab sambalnya tak hilang, dia terperangkap, kalau guna bara sambalnya akan jatuh kebawah dan kalau guna oven mersti kering sangat..so, tak ada alasan lagi kalau kita tak boleh nak buat ayam bakar ni..kat mane2 pun boleh..org yg penat kerja pun boleh sediakannya..
     taraaaaa, inilah hasilnya...cantik menawan gitu...hahaha..ok jom kita skodeng resepinya...

    Bahan-bahannya : )
    6 ketul ayam
    1/2 biji bawang besar
    3ulas bawang putih
    sebatang serai
    2 inci lengkuas
    2 inci halia
    5 sb gula
    1 sk garam
    5 sb cili giling
    1 sk jintam putih
    1 sk biji ketumbar

    Cara-caranya : )
    • kisar semua bahan dan lumurkan ke atas ayam.
    • peram selama 2-3 jam
    • panaskan kuali leper, letak daun pisang susun ayam dan tutup.
    • pastikan api yg digunakan adalah api yg paling kecik sekali.balik2kan, boleh tmbah lebihan bahan perapan tadi untuk mendapatkan sambal yg banyak.
    • boleh juga letakkan sedikit madu dan mentega supaya ayam nmpk lebih berkilat
    • masak ayam hingga masak dan nampak kehangusan..
    • dah pun siap, saya rasa dalam 15 minit dah masak dah.
    senangkan!!!resepi ni juga boleh kita gunakan kalau nak buat BBQ
    masa saya kat UMS dulupun, saya gunakan resepi ni untuk jamuan BBQ kos saya..mmg tak boleh lupa kenangan masa buat jamuan ni.satu kos turun berkerjasama sama2 masak, pelbagai kaum, bangsa dan agama. belajar kat sabah mmg akan jumpa pelbagai kaum dr sabah dan serawak...seronok sangat dapat pengalaman dan costmate yg sporting mcm dorg. nasib ada FB walaupun jauh kami tetap mcm dekat dan saling berhubung. semoga kwn2 bahagia dengan kehidupan masing2.amiiiinnnnn!!!!..

    Nasi Goreng Cina

    Ain Fajar | 7:37 AM | 0Comments |
    Assalamualaikum..
    sepatutnya n3 ni saya post pagi tadi, tp internet buat hal la plak..tak tau lah knp, nak kate dok kat kampung tak la pulak, kira dah pekan dah ni, tak lama lagi naik taraf jadi bandar...tak pe saya nak tayang juga sebab nasi goreng ni sedap dan mudah..sebab ape saya berani kate sedap, sebabnyer puteri2 saya yg cerewet makan tu laju je makan nasi ni terutama c fina..saya mmg sengaja goreng nasi ni sebab tak pedas sesuai utk budak2. kalau org besar yg suka pedas boleh tambah sendiri cili padi dalam nasi ni ikut suka citarasa sendiri lah.
    ok jom kita terus je tengok resepinya.simple je..

    sumber : Celebrity Chef Kamarul
    Bahan-bahannya : )
    1mangkuk nasi putih
    2 ulas bawang putih (dicangcang halis)
    1 sudu sos tiram
    50gm ayam ( potong dadu)
    1 biji telur
    80gm sayur campur
    1 sudu minyak bijan
    garam secukup rasa
    lada sulah secukup rasa (saya guna blac paper)

    Cara-caranya: )
    • gaul nasi bersama dgn garam dan black paper dan biarkan.
    • cairkan 2 sudu besar mentega, tumis bawang putih dan ayam
    • kemudian masukkan sos tiram dan masak sebentar
    • masukkan sayur campur masak hinga sayur layu dan ayam masak
    • masukkan nasi gaul rata
    • akhir sekali masukkan minyak bijan dan gaul sebati..
    • siap!!!bole tambah ikan bilis goreng dan telur mata kerbau...

    ok selamat mencuba!!!!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...